Saturday, May 26, 2012

Penangguhan Semester, Masalah Tesis

Selepas satu semester cuba untuk menyiapkan tesis ku, akhirnya aku surrender dan terpaksa menangguhkan pengajianku ke semester depan kerana bebanan kerja yang terlalu banyak. Sedih rasa hati kerana target untuk menyiapkan tesisku semester ini tidak kesampaian. Berdasarkan perancangan awal, tesisku perlu disiapkan sebelum kelahiran anakku yang pertama nanti pada 6/9 tahun ni. Tapi apakan daya,  perancangan tanpa perlaksanaan x berguna jugak kan. Teringat kata2 arwah mak aku dulu, "Satu Tindakan Itu Adalah Lebih Baik Daripada Seribu Perancangan". So, aku berazam untuk mengubah cara aku belajar dan menyiapkan tesisku dengan lebih berdsiplin agar ianya dapat disiapkan segera pada semester depan. Moga segalanya perancangan dan impian aku menjadi kenyataan. Aminnnnnn :)